BACK TO ALL NEWS & EVENTS

PANEL SOLAR JIMATKAN BIL ELEKTRIK MBI

by Kosmo!
Share this on
IPOH - Sebanyak RM2.1 juta penggunaan bil elektrik dapat dijimatkan untuk tempoh 21 tahun menerusi pemasangan bumbung panel solar di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini selain menyokong ushaha kelestarian alam.

Pemasangan panel solar itu adalah kerjasama yang dimeterai antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat GSPARX pada 23 Mac lalu,

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pemasangan panel solar fotovoltaik (PV) di bangunan UTC Perak ini telah siap sepenuhnya pada hujung Julai lalu.

Menurut beliau, projek tersebut dianggarkan mampu memberi menjimatkan RM47,964 bil elektrik pada tahun pertama projek.

“Pemasangan panel solar ini merupakan MBI dengan TNB bagi tempoh 21 tahun kontrak Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE).

“Ia bertepatan dengan usaha MBI untuk mencapai matlamat menjadi bandaraya pintar lestari dan rendah karbon yang lebih bersih, hijau dan lebih maju,” ujarnya selepas meninjau panel solar berkenaan di bangunan UTC di sini.-K! ONLINE